Pelakon dan model, Ikmal Amry selamat melangsungkan pertunangan bersama pilihan hatinya, Najla pada Hari Raya Ketiga, semalam.

Menurut Ikmal, dia bersyukur kerana hasratnya untuk mengikat tali pertuangan dapat dilaksanakan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami telah memasuki fasa pertunangan. Saya dan Najla telah merancang untuk bertunang sejak raya tahun lalu.

"Namun kami terpaksa melengahkan majlis memandangkan jadual kami berdua agak sibuk sebelum ini.

"Sekarang, meskipun dilanda krisis COVID-19 dan mengadakan majlis serba sederhana, kami tetap bersyukur dan gembira," katanya ketika dihubungi Gempak.



Tambah Ikmal, dia dan Najla merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Disember tahun ini.

"Insya-Allah, kami merancang untuk bernikah Disember tahun ini, pada mulanya saya dan Najla mahu adakan majlis pada bulan September, tetapi ramai pula ahli keluarga dan saudara terdekat yang memilih bulan itu.

"Andai kata krisis COVID-19 masih berlarutan hingga hujung tahun, kami tak kisah jika sekadar adakan majlis nikah secara sederhana dahulu, kemudian menunda majlis resepsi ke satu tarikh yang lain," tambahnya.



Difahamkan, perkenalan Ikmal dan Najla hampir memasuki tahun yang keempat.

Tahniah Gempak ucapkan, semoga segala perancangan mereka mengakhiri zaman bujang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Alhamdulillah ? one step closer ❤️

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on