Gambar memaparkan seorang penghantar makanan (rider) yang turut membawa anaknya ketika bekerja meruntun hati netizen.

Gambar tersebut viral selepas dimuat naik oleh pengacara, Nazrudin Rahman di akaun Twitternya.

Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 7,000 kali selain menerima 10,000 likes.

"Hantar makanan dalam hujan, dapat bantu abahnya angkat beg pun jadilah.

"May Allah swt bless this boy and his family, ameen," kata Nazrudin atau lebih mesra dipanggil Naz sebagai kapsyen.

Susulan posting tersebut, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib kedua-dua anak beranak berkenaan.

Tidak kurang juga yang berdoa supaya urusan mereka dipermudahkan serta dimurahkan rezeki.

Anda boleh lihat antara komen dan doa netizen di bawah.