Ikut Jejak Langkah Lady Gaga, Angelina Jolie, Jasmine Suraya Sambung Belajar Di Los Angeles!
Amri Hassan
11/11/2023 09:55 MYT
11/11/2023 09:55 MYT
Pelakon Jasmine Suraya menjadi pelakon pertama Malaysia dan Asia yang bakal melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre & Film Institute, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Januari 2024.
"Saya akan berehat sementara dari dunia lakonan untuk melanjutkan pelajaran di LA yang juga merupakan antara akademi seni berprestij di dunia.
"Selain itu, saya juga merupakan pelakon Malaysia pertama dan satu-satunya artis Asia bagi pengambilan kali ini," katanya kepada Gempak.
Jasmine ditemui pada majlis sambutan ulangtahun kelahirannya di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Melanjutkan bicara, Jasmine memberitahu permohonanya untuk menyertai institusi terbabit dihantar pada awal tahun dan keputusan kemasukannya diterima pada Julai lalu.
Justeru, Jasmine perlu menolak beberapa tawaran berlakon termasuk sebuah naskhah dari Indonesia untuk meneruskan impiannya selama setahun di Amerika Syarikat.
"Pada awalnya memang rasa terkejut dan berat hati apabila dapat tawaran ini tetapi memikirkan impian untuk menjadi pelakon lebih baik, saya teruskan hasrat tersebut.
"Jadi, saya akan ‘terbang’ ke sana Disember dan kelas akan bermula pada Januari sehingga Disember tahun depan," ujarnya yang turut menyatakan kebimbangan untuk membiayai keseluruhan kos pengajian bernilai sekitar RM300,000 itu.
Untuk rekod, beberapa bintang popular Hollywood seperti Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga juga merupakan alumni institut berkenaan.
BERITA TRENDING: Masih Cantik Walau Berpeluh Berpanas, Peminat Samakan Jasmine Suraya Dengan Lisa...
Jasmine atau nama sebenarnya, Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkata pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Method Acting itu antara keputusan terbesarnya sejak bergelar anak seni sejak tujuh tahun lalu."Saya akan berehat sementara dari dunia lakonan untuk melanjutkan pelajaran di LA yang juga merupakan antara akademi seni berprestij di dunia.