Penyanyi Yamani Abdillah meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang pengguna lebur raya yang mengambil kesempatan dengan mengekorinya secara dekat kerana mahu menggelak daripada membayar tol.

Menerusi laman Instastory, anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah itu memberitahu kereta jenis Nissan Almera berwarna putih itu juga berjaya pecut keluar dan melepasi tol tanpa membuat sebarang bayaran.

“Aku cari kau sampai dapat bangsa*! Sumpah aku geram. Dah la cucuk belakang rapat-rapat dan masa dekat tol, rapat selagi boleh. Lepas itu, lepas macam itu saja.

“Aku yang bayar, kau blah free macam anak setan,” kata Yamani.

Dalam pada itu, Yamani juga menegaskan dia tidak akan menghalalkan bayaran tol dan berharap pemilik kenderaan itu berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

“Ingat kau takkan pergi jauh la der. Standby saja kena angkut. Apa-apa pun aku tetap takkan halalkan. Aku nak kau merangkak cari aku kat sana nanti. Goodluck la der,” tegasnya lagi.

Untuk info, mereka yang melakukan pencerobohan tol dan mengelak daripada membayar tol boleh didakwa bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Persendirian), yang akan mengenakan hukuman denda antara RM2,000 dan RM5,000 jika disabitkan kesalahan.