Berita
Ikut Tatacara Pesakit Ebola (EVD), Jenazah COVID-19 Tidak Dimandikan… Hanya Tayammum
Selepas mencatatkan sebanyak 673 kes COVID-19, Malaysia terpaksa akur apabila merekodkan dua kematian semalam.
Mangsa pertama ialah seorang jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada hujung Februari lalu dan kedua adalah seorang paderi dari Kuching, Sarawak.
Menerusi laman Twitter individu yang bernama Hasrul Rizwan, jejaka itu berkongsi cara pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang mengikut tatacara pesakit virus Ebola (EVD).
Panduan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
"Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD).
"Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yang mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak ni," tulisnya.
Hasrul turut menyatakan jenazah itu tidak akan dimandikan disebabkan darurat dan akan terus dikebumikan tanpa dibawa pulang ke rumah ahli keluarga.Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD). Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yg mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak nahare ni. pic.twitter.com/gH9ra1lkFy— Hasrul Rizwan (@HasrulRizwan) March 16, 2020
"Jenazah COVID-19 kalau sampai dalam body bag, tak perlu mandi sebab darurat. Buka body bag, tayammum, tutup body bag, spray clorox, masukkan dalam body bag lagi satu, spray clorox, solat (tak bawa balik rumah) dan tanam terus.
"Dia sebenarnya guna dalil yg sama macam mandikan jenazah yang hancur atau mati terbakar. Kalau mandi takut relai anggota badan jenazah tu, jadi kena tayammum saja.
"Bagi kes wabak berjangkit, memudaratkan orang yang menguruskan jenazahnya. Jadi memadai dengan tayammum saja," tulisnya.
Tak seteruk ni. Kalau HIV boleh mandi macam biasa ja. Jenazah COVID-19 kalau sampai dalam body bag, tak perlu mandi sebab darurah. Buka body bag, tayammum, tutup body bag, spray clorox, masukkan dalam body bag lagi satu, spray clorox, solat (tak bawa balik rumah) dan tanam terus.— Hasrul Rizwan (@HasrulRizwan) March 16, 2020
Perkongsian itu telah mendapat lebih 14,000 kicauan (retweet) dan 11,000 tanda suka (likes).Dia senanya guna dalil yg sama macam mandikan jenazah yang hancur atau mati terbakar. Kalau mandi takut relai anggota badan jenazah tu, jadi kena tayammum saja. Bagi kes wabak berjangkit, memudaratkan orang yang menguruskan jenazahnya. Jadi memadai dengan tayammum saja.— Hasrul Rizwan (@HasrulRizwan) March 16, 2020
Must-Watch Video