Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“I’m Good”- Ini Respon Siti Saleha Selepas Berita Perceraiannya Tersebar, Terima Kata-Kata Semangat

Syafiqah Jalal
14/10/2021 04:40 MYT
Pelakon Siti Saleha memberi bayangan dirinya berada di dalam keadaan baik selepas kes perceraiannya diketahui umum.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Saleha memuat naik fotonya berserta kapsyen; “I’m good.”

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya selepas spekulasi masalah rumah tangganya semakin menjadi sebutan.

Dilaporkan Siti Saleha selaku plainitif muncul di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pagi semalam bagi prosiding sebutan kes penceraiannya.

Turut hadir adalah suaminya, Ahmad Lufti Azhar, 35.

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)


Kemas kini tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepadanya.

Stay strong Kak Sally we always love you,” kata salah seorang warga maya.

“Kepada Siti Saleha, saya berdoa agar terus kuat dan tabah menghadapi berdepan dengan ujiannya. Semoga dipermudahkan segala urusan yang baik,” komen salah seorang netizen.

“Semoga bertemu jodoh yang lain,” kata salah seorang warga net.

Saleha mengesahkan memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, selepas berdepan keretakan rumah tangga.

Pemenang trofi Asia Model Awards 2020 di Seoul, Korea Selatan itu mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#pelakon #Kahwin #cerai #'Siti #Saleha #Respon
;