Sejak kebelakangan ini, pasti ramai dalam kalangan kita sudah melihat template Instagram Stories yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) ‘All Eys On Rafah’ digunakan oleh pengguna platform media sosial itu.

Template berkenaan digunakan dengan kerap dipercayai selepas Israel melakukan serangan udara terhadap kem perlindungan penduduk Palestin yang berada di Rafah.

Menerusi serangan tersebut, ramai dalam kalangan saudara Islam terkorban.

Disebabkan itu, atas tanda solidariti bersama, template berkenaan telah diulang kongsi oleh ramai figura popular di platform Instagram.

Tahukah anda, imej AI yang tular sehingga ke luar negara ini dihasilkan oleh prompter asal Malaysia, iaitu Zila Akba.

Menerusi group Facebook Prompters Malaya, Zila dilihat berkongsi imej janaan AI itu pada 14 Februari 2024 diiringi satu mesej yang panjang.



Difahamkan, Zila menjana imej berkenaan menggunakan platform Bing Image Creator. Menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook, hantaran imej All Eyes On Rafah itu telah menerima lebih 45,000 perkongsian.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Who’s That?” - Ning Baizura Dikecam Gara-Gara Tak Tahu ‘All Eyes On Rafah’

ARTIKEL BERKAITAN: "Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura

ARTIKEL BERKAITAN: Penjelasan Ning Baizura Terhadap Isu ‘Who’s That’ & All Eyes On Rafah Tuai Pelbagai Respons Netizen