Hiburan
Penjelasan Ning Baizura Terhadap Isu ‘Who’s That’ & All Eyes On Rafah Tuai Pelbagai Respons Netizen
Respons penyanyi Ning Baizura mengenai isu dilabel tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin mendapat perhatian ramai.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen yang ditinggalkan warganet di Platform X, pelbagai reaksi telah diberikan netizen.
Ada yang tampil mempertahankan penyangi bersuara soprano itu dan ada jugak yang terus mengkritik keyataan yang telah diberikan.
“Maaf kan jela dia. Manusia kan buat silap. Dia pun cakap dia ada donate jugak. Selagi ada hati nurani mesti sure punya akan terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza tambah kita islam lagi la terasa.
“Kan. Betul la dia cakap who’s that bukan what’s that. Mungkin masa tu dia ingat Rafah tu nama followers dia ke apa.
“It was an honest mistake. Entah-entah boleh jadi dekat kita, so kita nak hukum lebih lebih pun takut juga. Tapi inilah yg musuh kita nak — berbalah, benci membenci & hukum menghukum sesama muslim, diorang tengok tepuk tangan. Let’s all get back to our main focus.
“C’mon Ning, Palestine issue bukan issue baharu, you have so many followers on your social media but you do not use it properly to create the awareness. I noticed since netizen kecam baru la you nak buat story about this. Well, hoping in the future you will not do this kind of mistake.
“Aku bukan peminat Ning, dia cakna atau tidak tak membawa apa-apa pada Palestine atau penduduk Palestine,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Ning tampil memberikan penjelasan setelah dikecam gara-gara dikatakan tidak cakna tentang isu yang berlaku di Palestin.
Selain itu, Ning turut memohon orang ramai agar tidak terus menghentamnya dengan komen-komen negatif.
Berita Trending: Bukan Tak Cakna Fasal 'All Eyes On Rafah', Ini Penjelasan Ning Baizura! - "Ketika Itu Keadaan Kelam-Kabut"
Must-Watch Video