Drama

Impak Watak Hitam, Ini 7 Pelakon Kena Hadap Ancaman & Makian

gempak
Zulaikha Yusof
24/07/2020
08:22 MYT
Sponsor Banner
Impak Watak Hitam, Ini 7 Pelakon Kena Hadap Ancaman & Makian
Setiap hari peminat dihidangkan dengan drama-drama yang dilakonkan oleh pelakon hebat Malaysia.
Malah, terdapat segelintir drama yang memberi impak besar sehingga mengganggu emosi penonton.
Disebabkan itu, ada pelakon yang menerima kata-kata makian hanya kerana membawa watak yang tidak disukai.
Di sini, Gempak kongsikan tujuh orang pelakon yang diancam kerana watak yang mereka bawakan:
1. Noorkhiriah
Drama bersiri Nur telah mencetus fenomena sendiri. Watak Khiriah dikecam teruk gara-gara watak antagonis yang dibawakannya.
Khiriah mengakui ramai yang membenci namun dia sudah bersedia dengan segala kecaman.
BACA: “Pakai Tudung Bidang 60, Tapi Mulut Jahat Busuk Macam Longkang”- Noorkhiriah Dikecam Netizen
2. Azhan Rani
Siapa tak kenal Ustaz Hamadi? Watak yang dibawa itu telah mencetus rasa geram dan marah dalam kalangan penonton.
Disebabkan itu, Azhan Rani terima ugutan bunuh gara-gara wataknya dalam drama bersiri Nur 2.
Sebelum ini, Noorkhiriah turut sama terkena tempias dengan wataknya sebagai isteri Ustaz Hamadi.
BACA: Terima Ugutan Bunuh, Azhan Rani Bersyukur Lakonan Berjaya 3. Ayda Jebat
Ingat lagi drama bersiri Cinta Bukan Kristal? Lakonan Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad dan Nina Iskandar sebagai pelakon utama.
Watak Ayda sebagai orang ketiga di antara pasangan suami isteri ini mengundang kecaman netizen sehinggakan ada kalangan penonton yang memberi ancaman terhadap pelakon genit ini.
BACA: "Jangan Sampai Aku Tarik Rambut Kau!" - Ayda Jebat Terima Kecaman Netizen 4. Niena Baharun
Jarang-jarang kita nampak Niena berlakon selepas berkahwin kan..
Sekali muncul dengan watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku, terus namanya menjadi sebutan ramai.
Niena mendedahkan dia menerima maki hamun serta dibenci namun dia terima komen-komen terbabit sebagai sesuatu yang membina.
BACA: Niena Baharun Terima Kutukan & Maki Hamun di Laman Sosial
5. Saharul Ridzwan
Selepas Niena, pelakon Saharul Ridzwan juga tidak terlepas terima ancaman selepas berlakon dalam drama Jangan Benci Cintaku.
Impak watak sebagai Shah itu telah mengundang ugutan bunuh yang diterima di laman sosial miliknya.
Saharul membawa watak seorang suami kepada Zahirah Macwilson tetapi mempunyai teman wanita (Niena Baharun) pada satu masa yang sama.
BACA: Saharul Ridzwan Terima Ugutan Bunuh di Laman Sosial
6. Sheila Rusly
Watak Opah Aminah dalam drama bersiri Bukan Gadis Biasa memang mengundang kemarahan netizen terutamanya babak menunjal kepala pelakon lain.
Sheila telah menerima serangan di ruangan mesej langsung dengan kata-kata kesat yang dihamburkan oleh penonton.
Bukan watak sahaja menjadi tumpuan malah solekan khas sebagai seorang opah turut dipertikaikan kerana tidak nampak semulajadi.
BACA: Penonton Berang Babak Tunjal Kepala, Sheila Rusly Minta Bezakan Realiti & Fantasi! - "Sis Syukur Berjaya Buat Komer Benci Opah Aminah"
BACA: "Penggambaran Babak Opah Aminah Setiap Hari Lebih Dari Sembilan Jam.." - Jurusolek Drama Bukan Gadis Biasa 'Spill The Tea'
7. Jasmin Hamid
Watak Jasmin sebagai Hayati dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 telah memberi kesan kepada penonton sehinggakan ada yang sanggup mengugut untuk membunuh.
Menurut Jasmin, individu tersebut terlalu mengikut emosi dan tindakan itu salah di sisi undang-undang.
Sepatutnya penonton mampu membezakan antara watak dalam lakonan dan dunia sebenar.
BACA: "Tak Perlulah Emo Sangat" - Jasmin Hamid Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara....
Selain Jasmin, 7 Hari Mencintaiku 2 turut dibintangi barisan pelakon hebat yang lain antaranya Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan ramai lagi.
BACA: Saleha Kurangkan Babak Bersentuhan Dengan Shukri​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live