Pempengaruh media sosial Azfar Heri meluahkan rasa teruja apabila buat pertama kalinya dia dapat menonton persembahan penyanyi Kpop terkenal Taeyang secara langsung.

Menganggap impian sudah menjadi kenyataan, Azfar menerusi laman Instagram miliknya berkongsi video dia melihat persembahan Taeyang secara dekat.

“I love Taeyang so much! Selamanya VIP! Pertama kali dengar secara langsung dan best gila! Dapat dengar semua lagu Taeyang secara langsung.

“Inilah impian menjadi kenyataan. Maaf la, aku emosi dengar lagu Eyes Nose Lips,” kata Azfar.

Rata-rata netizen turut teruja dan berterima kasih kepada Azfar kerana berkongsi video tersebut.

“Aku yang tak pergi tengok pun nak melalak juga kena, lagi-lagi Eyes Nose Lip. Dulu kita karaoke saja, sekarang karaoke sekali dengan Taeyang

“Thank you Azfar for this video. Walaupun tak dapat datang pun terasa ada sebab tengok your story dan your post,” komen beberapa netizen.

Teayang antara penyanyi Kpop membuat persembahan di Borneo Sonic 2023 music festival yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada hujung minggu lalu.

BACA SINI: Digelar ‘Someone From Kampung’ Ketika Bercuti Di Paris, Azfar Heri Balas Kenyataan Netizen: “Saya…”