Pelakon Ben Amir meluahkan rasa syukur kerana selepas lapan tahun menyimpan idea, akhirnya impian untuk mengeluarkan produk minuman bervitamin terlaksana.

Ben berkata, idea mula tercetus ketika melancong ke Hong Kong dan Singapura sembilan tahun lalu, sekitar tahun 2012.

Bagaimanapun kata Ben, proses Penyelidikan & Pembangunan (R&D) mula dijalankan pada Februari tahun 2020.

“Saya seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan dan kesihatan, jadinya saya memang akan hadapi masalah kalau nak beli minuman di kedai.

“Di kedai serbaneka contohnya, memang banyak minuman berperisa dijual tetapi kandungan gula pula tinggi dan ada yang terlalu manis dan tak beri manfaat pun kepada tubuh badan.

“’Hujung’hujung’ air yang saya beli teh hijau atau air mineral. Kalau dah selalu sangat bosan juga, sudahlah tak ada rasa.

“Itu yang buat saya terfikir nak keluarkan minuman yang menyegarkan, sihat dan sedap tanpa gula tambahan dan rendah kalori.

“Akhirnya selepas sekian lama, saya dapat minuman saya sendiri yang dinamakan Bentamix dan anda semua juga boleh nikmatinya tanpa keraguan,” katanya.

Bagaimanapun kata Bn dia tidak mahu pembeli salah faham dengan Bentamix kerana air ini bukan produk minuman kesihatan atau tenaga.

“Bentamix bukan kategori minuman kesihatan atau tenaga. Ia adalah minuman bervitamin yang boleh diambil secara harian oleh individu berumur lima tahun ke atas tanpa memudaratkan kesihatan.

“Bentamix dapat menyegarkan tubuh badan, tanpa gula tambahan dan membantu meningkatkan imunisasi tubuh,” katanya.

Produk sulungnya ini dimulakan dengan perisa tembikai yang tidak pernah lagi dikeluarkan oleh mana-mana produk minuman di Malaysia.

“Bentamix minuman pertama berperisa tembikai di Malaysia. Tak ada sebab lain saya pilih tembikai sebagai perisa utama, hanya kerana tembikai buah kegemaran saya.

“Sebab itu ia diekstrak daripada buah sebenar dan diperkaya dengan vitamin C, B5, B6, E, B9, B12 dan Biotin. Lagi sedap kalau diminum ketika sejuk,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Ben turut menyasarkan pasaran antarabangsa untuk beberapa tahun akan datang.

“Alhamdulillah setakat ini Bentamix telah menerima maklum balas positif dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Korea Selatan,” katanya.

A post shared by Bentamix Vitamin Water (@bentamix)

Dalam perkembangan lain, Ben baru sahaja menamatkan penggambaran drama Diva Popular dan akan kembali ke set untuk sambungan drama Sweetdreams 2 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.