Hiburan
"Impianku Ingin Berkongsi Karya..." - Syafiq Farhain Kongsi Rasa Sedih
Penyanyi Syafiq Farhain meluahkan isi hatinya selepas kehilangan ayahnya, Saleem pada Ahad lalu.
Syafiq memuat naik foto bersama ayahnya beserta kapsyen sedih di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Engkau lah idolaku, kerana kau jua aku menjadi penyanyi, dari kau jua lah bakat yang tak seberapa ini ku pinjam, kau jua lah yang menghantarkan aku ke syarikat rakaman ini.Segalanya..
"Impianku ingin berkongsi karya bersamamu hanya tinggal mimpi yang tak mungkin pernah terwujud lagi.
"Terima kasih atas segala jasa-jasamu Abah..Ain doakan agar Abah tenang di sana di sisi Allah SWT.
"Doa Ain dan semua peminat mu di seluruh nusantara ini pasti terus mengalir seiring dendangan suaramu yang takkan pernah lapuk dan lekang dek waktu..Engkau bagai air yang jernih," tulis Syafiq bersama sekeping foto hitam putih.
Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih akan kehilangan penyanyi, Saleem itu.
Malah, terdapat segelintir pengikut turut memberikan kata-kata semangat buat Syafiq menerusi ruangan komen di foto tersebut.
"@zatisolares: Keep strong Syafiq. Allah knows the best for you."
"@coldyay: Teruskan legasi abahmu ye syafiq! You have to be strong. Make him proud of you one day."
"@n.s_anuar: Stay strong bro. Banyakkan doa untuk arwah dan berjasalah pada ibu selagi dia masih ada. Insyaallah kau akan berjaya di dunia dan di akhirat."
"@shaffiqerwin: Be strong! Al-fatihah."
"@ruslina_80: Kuat dan tabah..Kami tahu syafiq anak yang baik dan terus berjuang ok..We love you and your father..Teruskan karya beliau..Always supports you and your carier."
Saleem atau nama sebenarnya AM Salim Abdul Majeed meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras kira-kira jam 6.30 pagi.
Penyanyi yang berasal dari Setiu, Terengganu ini menerima rawatan di PPUKM ekoran terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu.
Must-Watch Video