Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Imran Ajmain Terharu Dapat Sumbangkan Suara Dalam Lagu Tribute Sentiasa Di Sini, Terima Kasih Frontliners!

ZULHILMI JALIL
21/04/2020 03:11 MYT
Penyanyi Imran Ajmain meluahkan rasa terujanya apabila dapat menjadi sebahagian daripada 26 artis yang terlibat dalam menjayakan lagu tribute Sentiasa Di Sini.
 
Menurut Imran, lagu tersebut cukup bermakna apabila dia bersama rakan industri berpeluang menzahirkan ucapan terima kasih buat semua barisan petugas hadapan menerusi sebuah karya muzik.
 
"Saya sangat terharu diundang untuk menyumbangkan suara (dari rumah) sebuah lagu ciptaan @mohammadnohbinsalleh dan @agcoco bersama rakan-rakan daripada industri muzik tanah air, demi mengungkapkan rasa terima kasih kepada frontliners yang bertungkus-lumus berkorban jiwa dan raga pada saat ini.
 
"Pesanan khas buat anda yang berada di rumah, Stay strong! Stay at home. Muzik video Sentiasa Di Sini dirakam sepenuhnya lebih 20 artis dan pemuzik dari rumah," tulisnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya sangat terharu diundang untuk menyumbangkan suara (dari rumah) sebuah lagu ciptaan @mohammadnohbinsalleh & @agcoco bersama rakan-rakan dari industri muzik tanah-air, demi mengungkapkan rasa terima kasih kepada #frontliners yang bertungkus-lumus berkorbankan jiwa dan raga pada saat ini. Special message to everyone at home — Stay strong! Stay at home. Click link in my bio to watch “Sentiasa Di Sini” MV entirely recorded by over 20 artistes and musicians all from home. #sentiasadisini

A post shared by Imran Ajmain (@imranajmain) on

 
Sentiasa Di Sini merupakan sebuah lagu tribute yang menampilkan 26 artis tempatan.
 
BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!
 
BACA: Wow! Muzik Video ‘Sentiasa Di Sini’ Dah Kumpul Lebih 1 Juta Tontonan!
 
Diterbitkan oleh Astro Gempak, muzik video lagu itu juga sudah boleh ditonton dan didengari di semua saluran TV, Radio dan platform digital Astro.
 
BACA: Power...Tak Payah Masuk Studio, Ada Artis Yang Rakam Lagu Tribute Perangi COVID-19 Guna Smartphone Je!
 
Jadi, jom dengarkan dan layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.



Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
 
#Tribute #Imran Ajmain #Sentiasa Di Sini