Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Imran Aqil Teruja, Dahlia Rizal Doa Agar Cahaya Mata Sulung Sihat - “Budak Sekolah Baru Dapat Baby”

Khairil Khusyairi 10/05/2025 | 15:50 MYT
Umum mengetahui pelakon, Imran Aqil dan isteri yang juga pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, selamat menimang cahaya mata sulung Selasa lalu.
Terbaharu, pasangan ini terus mendapat perhatian apabila berkongsi foto-foto momen bersama puteri sulung yang diberi nama Yusra itu.

Teruja Dapat Anak

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Imran memuat naik foto dia memangku bayi seberat 2.85 kg itu dengan kapsyen mencuit hati.

“Budak sekolah baru dapat baby,” tulis Imran.

Sementara itu, Dahlia yang turut berkongsi foto bayinya itu mendoakan agar bayi mereka sihat.

“Walaupun 2.85kg tapi pipi Yusra a bit bam bam, Alhamdulillah moga anak kita sihat-sihat selalu,” kongsi Dahlia syukur.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mengucapkan tahniah kepada Imran dan Dahlia.

Terdahulu, Imran memaklumkan isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa secara pembedahan.
Lebih bermakna cahaya mata sulung mereka lahir pada bulan sama dengan ibunya.
Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

#pelakon #Bayi #Sihat #Imran Aqil #Pempengaruh #Teruja #Dahlia Rizal