Pempengaruh media sosial, Imranul Effendy tidak melepaskan peluang menghadiri sesi uji bakat pencarian pelakon bagi filem Project: Kahar yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut Imran, dia tidak malu hadir ke sesi uji bakat untuk mencuba nasib kerana minatnya terhadap bidang lakonan.

“Kalau boleh saya nak tunjuk dekat Malaysia kehadiran saya dalam industri seni. Saya tak akan putus asa.

“Sebelum ini saya juga pernah menghadiri beberapa sesi uji bakat sebab saya memang dah lama nak berlakon.

“Saya percaya kalau rezeki tu ada maka adalah tapi disertakan dengan usaha. Walau apa pun jadi, kalau saya tak ada rezeki dekat sini saya tetap akan usaha untuk menjadi pelakon. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui Gempak.

KELUARGA BERI SOKONGAN

Tambah Imran lagi, dia juga bersyukur kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang tidak sering memberikan semangat kepadanya.

“Walaupun sudah beberapa kali menjalani sesi uji bakat sebelum ini namun jujur saya katakan masih lagi berasa gementar.

“Tapi bagi saya perasaan gementar ini dekat mana-mana pun ada. Jadi kita salurkan kan rasa gementar itu menjadi kekuatan kita. Itulah yang saya tanamkan dalam diri saya.

“Keluarga tahu saya datang uji bakat untuk Project: Kahar termasuklah kawan-kawan. Kebanyakan mereka mendoakan saya.

“Mereka juga memberikan semangat dan sokongan, jadi saya rasa bersyukur sangat.

Kalau bercakap mengenai harapan, saya harap minta mintalah saya dapat. Tidak kisahlah apa sahaja watak sekalipun dalam Project: Kahar ini,” ujarnya.

A post shared by Imranul Effendy (@imrnuleffendy)

PILIHAN PEMBACA: Sambutan Menggalakkan, Pencarian Bakat Watak Filem Project: Kahar Disambung

Terdahulu, penerbit filem Project: Kahar iaitu Astro Shaw telah membuat uji bakat terbuka bagi pencarian pelakon untuk watak Beja dan Megat bermula 4 Mac sehingga 16 Mac lalu.

Disebabkan sambutan uji bakat yang menggalakkan, pihak Astro Shaw akan mengadakan sesi uji bakat tambahan untuk pencarian watak-watak lain dalam filem Project: Kahar buat mereka yang belum sempat menyertai atau kepada mereka yang sudah sertai sebelum ini tetapi tidak menerima panggilan untuk terpilih ke fasa seterusnya.

Uji bakat berlangsung dekat meriah selama dua hari pada 23 Mac di Mydin, USJ dan 24 Mac di Giant, Stadium Shah Alam.

Lokasi uji bakat seterusnya adalah pada 30 Mac di AEON BIG, Subang Jaya dan 31 Mac di Econsave, Klang.