Laman Utama

Inai Boleh Dikikis & Isu Mesra Wuduk? Neelofa Tampil Jelaskannya

gempak
Syafiqah Jalal
13/07/2022
01:48 MYT
Sponsor Banner
Inai Boleh Dikikis & Isu Mesra Wuduk? Neelofa Tampil Jelaskannya
“Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung dosa berjuta orang di luar sana,” jawab selebriti popular, Neelofa mengenai isu mesra wuduk terhadap warna kuku atau inai produk keluarannya.
Isu kualiti inai milik Neelofa berkenaan kini tular dalam media sosial dengan pelbagai perkara yang dibangkitkan netizen termasuk warnanya tak semerah seperti inai biasa dan juga isu halal.
Isteri kepada PU Riz itu tampil menjelaskan mengenai isu berkenaan di akaun Instagram (IG)rasmi produk inai berkenaan iaitu menerusi InstaStory.
Menurutnya isu halal adalah perkara paling utama dititikberatkan malah menegaskan produknya itu tiada campuran pewarna makanan.
“Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan.
“Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semulajadi,” katanya dalam InstaStory.
Terdahulu, inai miliknya itu mula tular dan menjadi perbualan hangat terutama di TikTok apabila pelanggannya mendakwa warnanya tak merah dan bila dipakai nampak seperti kuku pekerja buruh binaan.
Tegas Neelofa lagi, dia sangat berhati-hati dalam menghasilkan produk pewarna kukunya itu agar ia sah solat dan pengguna tak perlu mengikis kuku mereka untuk solat.
“Ramai dah keliru kata kena kikis kuku untuk solat. Kalau korang dah kikis beberapa kali dan nampak habuk kuku dan warnanya tu maknanya ia sudah meresap ke dalam.
“Kami dan buat ujian molekul yang menunjukkan ia telap atau serap air.
“Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan,” ujarnya.
Dalam pada itu Neelofa turut menunjukkan beberapa sijil halal dari bahan-bahan yang digunakan.
Neelofa bagaimana pun tidak menyangka isu halal inai jenamanya itu dipersoalkan.
“Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat.
“Namun mungkin kerana inai ini Neelofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu,” katanya lagi.
Bagi menyelesaikan isu berkenaan, Neelofa bakal mengadakan majlis bagi menjelaskan isu berkenaan bersama pihak yang layak bercakap mengenai isu inai halal.
“Kami akan menjemput pakar yang mahir berkaitan bidang ini untuk jelaskan kepada wakil pengedar dan media di sebuah majlis dalam masa terdekat.
“Harap selepas majlis nanti akan dapat selesaikan isu ini dan tiada lagi yang mahu mempersoalkannya,” maklumnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024