Indahnya Ciptaan Tuhan, Makin Lama Makin Cantiklah Zahirah Macwilson ni – Peminat

Mya Amri
September 20, 2017 02:43 MYT
Kecantikan dan penampilan pelakon drama Duda Pujaan Dara, Zahirah Macwilson semakin menjadi perhatian peminat.
Malah hampir setiap foto yang dikongsi oleh Zahirah menerusi akaun Instagram (IG)nya pasti menerima komen-komen positif yang memuji dan menyukai gayanya.
Antara komen-komen yang diterima oleh adalah:
@maria_dealova07: Awak memang cantik, suka tengok senyuman dan gelagat you. Semoga bertambah cantik, popular dan sukses dalam semua perkara yang you lakukan. Amin.
@bonda_anna87: Suka tengok @zahirahmacwilson cantik, putih, tinggi manis... So pretty, semoga sihat hendaknya.
@auninursyuhada: Tak perlu pun nak make up tebal-tebal sebab memang dah cantik.
Selain Zahirah, pelakon lain yang membintangi drama tersebut adalah Kamal Adli.
Duda Pujaan Dara bersiaran setiap Isnin hingga khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Foto: Instagram Zahirah Macwilson
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Drama #Pelakon #Zahirah Macwilson