Individu Buat Fitnah Terhadap Pasangan Tular Nikah Sederhana Telah Cerai Tampil Mohon Maaf - “Saya Tahu Saya Bodoh Sebab Tak Fikir”
Tampil Mohon Maaf
Menerusi perkongsian di X, pasangan tersebut memuat naik tangkap layar mesej permohonan maaf yang dihantar individu tersebut.
“Saya memohon maaf atas kekhilafan saya terhadap puan dan suami berserta keluarga kedua dua pihak atas sebaran fitnah yang tidak berasas bahawa puan dan pasangan telah bercerai.
“Saya hanyalah insan yang biasa yang tidak terlepas atas terhadap salah dan silap. Sekali lagi saya dengan rendah diri meminta maaf atas kertelanjuran statement yang telah saya buat naik diatas laman sosial X.
“Saya berharap puan dan keluarga bersedia menerima permohonan saya ini dan saya bersedia memberikan kerjasama terhadap apa apa tindakan lanjut selepas ini.
“Saya tau saya bodoh sebab tak fikir consequences melakukan posting sebegitu. Saya minta ampun lagi sekali puan. Saya takut ayah saya yang sedang strok lagi bertambah sakit bila dapat tau anak dia viral. Saya tau mesti puan akan fikir ‘ha baru nak fikir sebelum post tak fikir’. Ye betul puan saya memang tak patut bermulut celupar melakukan posting macamtu,” tulis permohonan maaf tersebut.
Isteri Harap Tidak Diganggu Lagi
Sehubungan dengan itu, wanita dipercayai pasangan tular tersebut tampil membalas permohonan maaf tersebut.
“I maafkan you, jangan ganggu i dan semoga you berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.
Terdahulu, seorang individu membuat fitnah rumah tangga pasangan tular yang bernikah secara sederhana itu telah sah bercerai.