Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Individu Hina Anak Caprice Diminta Melutut Mohon Maaf, Ada Yang Setuju & Ada Yang Tidak

Firdaus
03/05/2024 12:25 MYT
Penyanyi rap Caprice akhirnya membuat pertemuan empat mata dengan individu yang menghina anaknya baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat individu tersebut diminta untuk melutut di hadapan Caprice dan isterinya (Fara Inalis) demi meminta maaf.

“Kau umur berapa sekarang? Baru 23 buat perangai macam sampah dekat luar. Kau patut bersyukur kau jumpa dengan Caprice. Kau patut bersyukur Caprice boleh tenangkan aku sekarang ni!

“Kau nak minta maaf, kau ikut cara aku. Aku nak kau melutut kau minta maaf dengan aku dan anak aku,” luah Fara.

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)


Bagaimanapun, entri yang dikongsi itu mendapat bantahan oleh segelintir warganet yang merasakan perbuatan suami isteri berkenaan seolah-olah berniat untuk memalukan si pelaku.

“Macam over pula. Kasihan orang tu dimalukan,”

“Jangan sampai melutut, salah tu,”

“Melutut? Maaflah! Manusia sepatutnya melutut dekat Pencipta sahaja! Kejinya kamu menyuruh dia untuk berbuat demikian dan semestinya amat memalukan!”

Dalam pada itu, ada juga yang menyokong tindakan mereka berbuat sedemikian.



Sebelum ini, Caprice atau Ariz Ramli, 36, mendedahkan beberapa tangkap layar kiriman mesej (DM) yang diterima daripada seorang remaja yang menghina anak lelakinya.

Komen pemuda itu dilihat keterlaluan sehingga sanggup menyamakan bayi berusia dua bulan itu dengan seekor haiwan.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November 2022.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu.

Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

BERITA TRENDING: Labelkan Anak Dajjal Kecil & Beri Kata-Kata Kesat, Caprice Cari Budak Biadap Sampai Lubang Cacing - “Kita Jumpa Depan Depan”

BERITA TRENDING: Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini

#Viral #Anak #Instagram #Selebriti #rap #Tular #Caprice #hiburan #Video #maaf #Hina
;