Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Individu Ini Terpegun Lihat Pusara Farah Kartini Tak Putus-Putus Terima Ziarah - “Apa Amalan Arwah..”

Gempak
22/07/2024 06:25 MYT
Seorang individu menzahirkan rasa terpegun apabila melihat pusara allahyarham Farah Kartini tidak henti-henti menerima ziarah orang ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok, individu itu berkata, dia duduk di kawasan pusara sekitar empat jam dan dalam tempoh tersebut, kelihatan ramai yang masih menziarahi kubur arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Terpegun

“Aku duduk empat jam kawasan ni tak putus orang ziarah. Apa lah amalan arwah Farah Kartini?

undefined

“Serius aku dapat rasa dia ni lain dari lain. Semoga Allah merahmati roh dan jasadnya,” ujar individu berkenaan.

Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian tersebut.

Ada juga yang mengimbau kenangan ketika arwah masih di bangku sekolah yang dikatakan suka menolong orang.

Tidak kurang ada yang berkongsi bahawa arwah Farah Kartini merupakan seorang individu yang menjaga solat.



Terdahulu, proses bedah siasat mendapati bahawa anak perempuan tunggal daripada enam beradik ini mengalami kereputan pada bahagian dada dan muka memandangkan mayatnya ditemui di kawasan lopak air di ladang kelapa sawit kira-kira jam 6 petang Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Spekulasi, Ustaz Hadhari Mohon Orang Ramai Hormat Arwah Farah Kartini - “Menjaja Cerita Tak Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Rindu, Ziarah Pusara Farah Kartini

Susulan daripada penemuan mayat mangsa, seorang anggota polis berusia 26 tahun yang juga individu yang dikenali mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan kes berkenaan telah disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: TikTok

#Ziarah #Pusara #Farah Kartini