Individu Kongsi Gambar Pisang Goreng Halus Buat Netizen Terhibur - “Lah Ingatkan Ikan Bilis”
Gempak
29/11/2023 07:55 MYT
29/11/2023 07:55 MYT
Baru-baru ini seorang pengguna Platform X berkongsi kejadian lucu yang menimpa dirinya setelah membeli pisang goreng daripada sebuah gerai.
BERITA TRENDING: Nama Disalah Sebut, Warganet Terkejut Roti Benggali Rupa-Rupanya Asal Malaysia - “Seriuslah! Baru Tau Ni”
Menerusi foto yang dimuat naik, individu itu menunjukkan pisang goreng yang dihiris sangat halus sambil bertanyakan kepada netizen sama ada ia layak dikira sebagai sekeping dalam jualan.
“5 dua ringgit. Nak tergelak aku. Bukan sepatutnya seketul-seketul ke? Ini pisang goreng hiris dah ni,” ujar individu tersebut.
Menjengah ke ruangan balas ciapan, rata-rata warganet berasa terhibur dan membuat persamaan pisang goreng itu dengan ikan bilis.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mati-mati saya ingatkan ikan bilis goreng sebelum baca kapsyen,”
“Sekali pandang macam ikan bilis, rupanya pisang goreng, haha sabar lah ye pada yang membeli,”
“Lah ingatkan ikan bilis.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu berjaya meraih 300,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Sumber: Platform X