Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Individu Kongsi Keadaan Rumah Rakan Terbakar Gara-Gara Powerbank Meletup! - “Sentiasalah Periksa ...”

Ainun
22/09/2024 03:25 MYT
Sepotong video kejadian sebuah rumah yang terbakar akibat powerbank meletup tular di aplikasi X.

Menerusi video berdurasi satu minit 59 saat itu, seorang pengguna berkongsi keadaan dipercayai rumah kenalannya yang disambar api berpunca daripada powerbank yang sudah tamat tempoh, tiba-tiba meletup.

"Rumah kawan aku terbakar disebabkan powerbank meletup secara tiba-tiba. Jadi, anda semua diminta untuk berhati-hati okay, sentiasa periksa powerbank anda mungkin sudah tamat tempoh penggunaannya.


“Kalau dah habis tamat tempoh lebih baik buang sahaja. Semoga dipermudahkan urusan Amad dan sekeluarga," ciapnya di aplikasi X.

Dalam masa yang sama, individu itu turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan powerbank dan peka terhadap tarikh luput produk tersebut.

BERITA TRENDING: Dapat Tahu Bekas Isteri Bekerja Sebagai Pelacur, Lelaki Ini Saman Dan Tuntut Nafkah Anak

BERITA TRENDING: Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef Indonesia Dilabel Tidak Hormat Makanan Tradisional

BERITA TRENDING: Zoo Di China Buat Hal Lagi, Warnakan Anjing Menyerupai Panda

BERITA TRENDING: Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”


Meninjau ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati terhadap rakan individu tersebut dan bertanya bagaimana cara untuk mengetahui jika powerbank sudah tamat tempoh.

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Ada gambar powerbank tak? Risau kalau simpan”

“Allahu. Semoga dia tabah. Macam mana nak tahu bila powerbank dah expired eh? Dan macam mana nak dispose secara selamat? Kang kita buang letup kat orang lain pula”


“Semoga setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lepas ni,kita semua lebih berhati-hati ya sebagai peringatan. Kepada yang terlibat, semoga sentiasa di murahkan rezeki tanpa di sangka-sangka. InsyaAllah," komen dari netizen.

Setakat artikel ini ditulis, tweet ini telah meraih 503,600 ribu tontonan dan 3,600 butang suka.

#Netizen #Aplikasi #Terbakar #Rumah #Powerbank #x