Viral

Dapat Tahu Bekas Isteri Bekerja Sebagai Pelacur, Lelaki Ini Saman Dan Tuntut Nafkah Anak

gempak
Asyraf Roslan
21/09/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Dapat Tahu Bekas Isteri Bekerja Sebagai Pelacur, Lelaki Ini Saman Dan Tuntut Nafkah Anak
Seorang lelaki di Taiwan telah menyaman bekas isterinya selepas mendapati wanita itu bekerja sebagai pelacur untuk mengumpul dana bagi membayar yuran pengajian.
Saman itu juga adalah bagi menuntut nafkah buat anaknya selepas mereka berdua bercerai.
Lelaki yang dikenali sebagai Ayi itu berpisah dengan isterinya pada Mei 2021 dan mereka berdua bersetuju bahawa Ayi akan mendapat hak penjagaan anak.
Mereka turut membuat perjanjian dimana bekas isterinya, tidak perlu membayar nafkah anak selepas mereka berpisah.
Ayi membuat keputusan tersebut kerana memahami kesulitan kewangan yang dihadapi bekas isterinya yang sedang menyambung pangajian sarjana.
Namun keadaan berubah apabila Ayi menemui jurnal yang dipercayai merekodkan maklumat pelanggan, termasuk profesion, horoskop, dan bayaran yang dikenakan.
Ayi mendakwa bekas isterinya terus bekerja sebagai pelacur selepas menamatkan pengajian, dengan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya NT$200,000 (RM29,000).
Oleh sebab itu, Ayi telah membuat keputusan untuk memfailkan tuntutan di mahkamah dengan meminta bekas isterinya itu membayar NT$15,000 (RM2,200) sebulan untuk setiap anak.
Bekas isterinya berhujah bahawa dia terpaksa melibatkan diri dalam kerja tersebut untuk menampung yuran pengajian dan kos penjagaan anak kerana Ayi tidak memberikan sokongan ketika dia diterima masuk ke program sarjana.
Wanita itu juga menjelaskan bahawa rumah dan kereta yang dibeli adalah hasil pinjaman besar, yang diambil untuk memudahkan lawatan anak-anak mereka.
Dia juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa kini dia bekerja sebagai pembantu penyelidik.
Mahkamah memutuskan bahawa bukti yang dikemukakan Ayi, iaitu gambar jurnal bekas isterinya, tidak cukup jelas untuk mengaitkannya dengan kegiatan pelacuran.
Bagaimanapun, hakim menegaskan bahawa kedua-dua ibu bapa bertanggungjawab menyokong anak-anak mereka dan memerintahkan bekas isteri Ayi untuk membayar NT$5,000 (RM735) sebulan untuk setiap anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live