Laman Utama

Individu Tuntut Hutang ‘Abang’ Kekasih Sufian Suhaimi RM12,000 - “Dia Tak Ada...”

gempak
Asyikin Mayudin
25/10/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Individu Tuntut Hutang ‘Abang’ Kekasih Sufian Suhaimi RM12,000 - “Dia Tak Ada...”
Nama bakal isteri kepada penyanyi Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Rania Al Sadat menjadi bualan di laman sosial semenjak hubungan pasangan itu dikhabarkan sudah ke fasa merisik.
Bagaimanapun, timbul pula cerita tak sedap berkait dengan kekasih Sufian itu di aplikasi X di mana terdapat individu mendakwa abang kepada Rania liat membayar hutang sebanyak RM12,000.
Dakwa individu itu, sudah tiga tahun dia menunggu hutang diselesaikan tapi nampaknya hanya tinggal janji kosong dan meminta pula Sufian untuk membayar jumlah tersebut kepadannya.
“Ini I nak cakap ini, I dah tahap penat eh minta hutang dekat abang dia. Dah tiga tahun tau aku tunggu dia bayar. Janji nak bayar tapi tak pun. RM12,000 bukan sikit, banyak woi!
“Alif Al Sadat bila kau nak bayar hutang kau? Tak pun suruhlah bakal adik ipar kau bayarkan. I dah tak ada jalan lain. Dia tak balas, dia tak muncul ajak jumpa.
“Macam mana nak selesai cara baik. Dah tiga tahun aku tunggu hutang aku,” dakwa individu tersebut.
Enggan berdiam diri, Sufian membalas dengan mengatakan kekasih hatinya itu tidak mempunyai abang malah turut mempersoalkan tindakan individu itu memintanya untuk membayar hutang orang lain.
“Dia tak ada abang. Kalau ada pun, engkau suruh bakal adik ipar bayarkan dah kenapa,” tulis Sufian.
Hasil pemeriksaan Gempak, individu tersebut sudah pun memadam pendedahannya itu selepas menerima kecaman daripada netizen.
Untuk info, keluarga Sufian dikhabarkan sudah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya pada Sabtu lalu namun sehingga kini masih belum ada pengesahan daripada penyanyi itu.
BACA SINI: [VIDEO] Sufian Suhaimi Didakwa Hantar Rombongan Merisik?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live