Viral di TikTok sepotong video yang memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Sufian Suhaimi yang hadir ke sebuah majlis yang dikatakan sebagai majlis merisik seorang gadis baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut dan gadis dan gadis itu mengenakan busana berwarna putih.

Pada kapsyen video, tertera tulisan: “Tahniah Sufian Suhaimi serta gadis pilihannya.”
@hairamikayla Tahniah buat sufian suhaimi serta gadis pilihannya #artis #fyp #sufiansuhaimi #shhnuffles #merisik ♬ original sound - arviandwi

Meninjau ruangan komen, ramai yang mendoakan kepanjangan jodoh buat lelaki berkenaan dan berharap agar apa yang dirancang terus sampai ke pelaminan.

Sementara itu, usaha Gempak mendapatkan maklum balas dengan menghubungi Sufian tidak berjaya.

Terdahulu, Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy. Namun, ikatan tersebut terputus di tengah jalan.

BACA: “Dia Seorang Student” - Sufian Suhaimi Sedang Mengenali Hati Budi Seorang Wanita​