Viral

Indonesia Haramkan Penjualan iPhone 16

gempak
Maliah Surip
29/10/2024
11:30 MYT
Sponsor Banner
Indonesia Haramkan Penjualan iPhone 16
Pengguna barangan jenama Apple terutama yang sudah lama menantikan ‘kelahiran’ iPhone 16 di Indonesia nampaknya terpaksa melupakan hasrat memiliki gajet terkini itu.

BERITA TRENDING: Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”

Hal itu lantaran Indonesia mengharamkan atau tidak membenarkan penjualan iPhone 16 di republik tersebut selepas gagal memenuhi sasaran pelaburan tempatan seperti dikeluarkan Kementerian Perindustrian Indonesia.
Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu dilaporkan tidak memenuhi syarat penggunaan komponen lokal seperti dipersetujui.
Mengikut undang-undang, telefon pintar yang dijual perlu mengandungi sekurangnya 40 peratus barangan tempatan dan iPhone 16 tidak memenuhi tuntutan tersebut, lapor Reuters.

BERITA TRENDING: Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max

Bagaimanapun pengembara yang datang ke Indonesia boleh membawa iPhone 16 milik mereka.
Untuk rekod iPhone 16 mula dipasarkan pada September lalu. Sehingga kini pihak Apple belum memberi respons terhadap isu yang terjadi.

BERITA TRENDING: Janji Bayar Tunai RM6,300, Pembeli iPhone Cekik & Buang Mayat Penghantar Barangan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024