Indonesia Haramkan Penjualan iPhone 16
Maliah Surip
29/10/2024 11:30 MYT
29/10/2024 11:30 MYT
Pengguna barangan jenama Apple terutama yang sudah lama menantikan ‘kelahiran’ iPhone 16 di Indonesia nampaknya terpaksa melupakan hasrat memiliki gajet terkini itu.
Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu dilaporkan tidak memenuhi syarat penggunaan komponen lokal seperti dipersetujui.
Mengikut undang-undang, telefon pintar yang dijual perlu mengandungi sekurangnya 40 peratus barangan tempatan dan iPhone 16 tidak memenuhi tuntutan tersebut, lapor Reuters.
Untuk rekod iPhone 16 mula dipasarkan pada September lalu. Sehingga kini pihak Apple belum memberi respons terhadap isu yang terjadi.
BERITA TRENDING: Hadiah IPhone Penuh Bermakna, Riena Diana Siap Letak Foto Bersama Keith Foo Sebagai ‘Wallpaper’ - “Dia Memang Selalu Cakap…”
Hal itu lantaran Indonesia mengharamkan atau tidak membenarkan penjualan iPhone 16 di republik tersebut selepas gagal memenuhi sasaran pelaburan tempatan seperti dikeluarkan Kementerian Perindustrian Indonesia.Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu dilaporkan tidak memenuhi syarat penggunaan komponen lokal seperti dipersetujui.
Mengikut undang-undang, telefon pintar yang dijual perlu mengandungi sekurangnya 40 peratus barangan tempatan dan iPhone 16 tidak memenuhi tuntutan tersebut, lapor Reuters.
BERITA TRENDING: Bangga Dengan Pencapaian Teman Wanita, Keith Foo Hadiahkan Riena Diana iPhone 16 Pro Max
Bagaimanapun pengembara yang datang ke Indonesia boleh membawa iPhone 16 milik mereka.Untuk rekod iPhone 16 mula dipasarkan pada September lalu. Sehingga kini pihak Apple belum memberi respons terhadap isu yang terjadi.