Laman Utama

Indonesia Jadi Tuan Rumah Miss Grand International, Takkan Ada Pertandingan Baju Renang Tapi Ditukar Kepada ...

Amri Hassan
14/06/2022
13:53 MYT
Indonesia akan menjadi tuan rumah kepada pertandingan ratu cantik Miss Grand International pada tahun ini.
Memasuki siri ke-10, acara tersebut bagaimanapun tidak akan menampilkan pertandingan baju renang bagi acara yang akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada Oktober nanti.
Kata pengarah nasional Miss Grand International Indonesia, Ivan Gunawan, keputusan itu dibuat bagi menjunjung adat budaya dan etika negaranya.
"Pertimbangan utama adalah tetap menjunjung tinggi adat budaya dan etika di negara kita, Indonesia," katanya seperti dilaporkan Wolipop.
Keputusan itu juga dipersetujui oleh Organisasi Miss Grand International sekali gus memberikan kebebasan kepada Indonesia selaku tuan rumah tahun ini.
Sebagai gantinya, sesi baju renang akan digantikan kepada sesi baju sukan atau sporswear.
"Nantikan saja penampilan baju sukan negara yang bertanding, ia bakal menjadi kejutan bagi pageant lovers," tambahnya.
Malam final Miss Grand International 2022 akan diadakan di Sentul International Convention Center, Jawa Barat, Indonesia, pada 25 Oktober 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.