"Indonesia Rumah Kedua Saya" - Anna Jobling Tembusi Industri Hiburan Negara Seberang
Firdaus
13/12/2023 06:55 MYT
13/12/2023 06:55 MYT
Tahun 2023 bakal menutup tirai dan menyaksikan perjalanan karier seni Anna Jobling, 23, bukan sahaja ‘meriah’ di Malaysia, malah juga terus mendapat tumpuan dan perhatian di negara seberang, Indonesia.
Populariti yang diraih Anna di Indonesia menerusi drama Melur Untuk Firdaus menjadi titik permulaan dalam mengembangkan bakat dan karier beliau di negara tersebut.
"Penghujung tahun lepas, Anna tak sangka boleh popular dan mempunyai peminat di Indonesia. Sambutan kali pertama berkunjung ke Jakarta sangat mengujakan. Detik itu, Anna membayangkan yang Indonesia bakal menjadi rumah kedua Anna,” katanya.
Anna terus ditawarkan untuk membintangi siri OTT “The One” sebanyak 10 episod terbitan MNC TV yang bakal ditayangkan pada penghujung Disember ini.
Menjalani penggambaran selama sebulan di pulau peranginan terkenal, Bali, Anna teruja dapat bekerjasama dengan pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Pevita Pearce.
Berkongsi mengenai harapan dan perancangan untuk tahun 2024, Anna berkata, dia berhasrat untuk memperbaiki lagi bakat serta mutu lakonan beliau dan membawa watak-watak yang lebih mencabar, keluar dari zon selesa beliau.
Populariti yang diraih Anna di Indonesia menerusi drama Melur Untuk Firdaus menjadi titik permulaan dalam mengembangkan bakat dan karier beliau di negara tersebut.
"Penghujung tahun lepas, Anna tak sangka boleh popular dan mempunyai peminat di Indonesia. Sambutan kali pertama berkunjung ke Jakarta sangat mengujakan. Detik itu, Anna membayangkan yang Indonesia bakal menjadi rumah kedua Anna,” katanya.
Anna terus ditawarkan untuk membintangi siri OTT “The One” sebanyak 10 episod terbitan MNC TV yang bakal ditayangkan pada penghujung Disember ini.
Menjalani penggambaran selama sebulan di pulau peranginan terkenal, Bali, Anna teruja dapat bekerjasama dengan pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Pevita Pearce.
BERITA TRENDING: Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan…
“Anna baru sahaja selesai penggambaran sebuah filem genre seram, arahan pelakon dan pengarah versatil Indonesia, Baim Wong. Anna rasa tawaran ini adalah satu penghargaan untuk diri Anna kerana Anna dapat berganding bersama dengan pelakon-pelakon hebat Indonesia seperti Asri Welas, Oka Antara, Arya Saloka dan Yasamin Jasem," ulas Anna.PILIHAN PEMBACA: Meerqeen Akhirnya Buka Mulut, Jawab Isu Amir Ahnaf Rampas Anna Jobling Daripadanya
Selain daripada itu, Anna juga merupakan duta kepada jenama kecantikan terkenal di Indonesia iaitu MS Glow. Pelantikan Anna sebagai duta jenama ini meletakkan nama beliau sebaris dengan barisan-barisan selebriti terkenal antarabangsa yang turut merupakan duta jenama ini seperti Raffi Ahmad, Lesti Kejora dan Cha Eun Woo.Berkongsi mengenai harapan dan perancangan untuk tahun 2024, Anna berkata, dia berhasrat untuk memperbaiki lagi bakat serta mutu lakonan beliau dan membawa watak-watak yang lebih mencabar, keluar dari zon selesa beliau.