Laman Utama

Influencer Berpoligami Mohon Puteri Sarah Jangan Menghasut - "Tak Payahlah Kata Orang Lain Meroyan"

Asyikin Mayudin
02/09/2023
05:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Fais Al-Hajari tampil menegur kenyataan pelakon Puteri Sarah Liyana berkenaan dengan isu poligami yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Menerusi hantaran di Facebook, Fais yang juga pengamal poligami berkata dia tidak menyokong kenyataan aktres itu seakan mengajak para isteri yang dimadukan untuk 'angkat kaki' dan meninggalkan suami.
Jelas Faiz, kenyataan yang dikeluarkan Sarah disifatkan sebagai menghasut dan boleh didakwa di bawah Akta 559, kesalahan jenayah syariah.
"Macam ini la Puteri Sarah akui sahaja story anda tu tidak kena. Anda kata anda tidak hasut sesiapa? Anda tahu tak ayat anda tu pun dah boleh dikategorikan sebagai hasut? ‘Kalau tak suka, angkat kaki goodbye’.
"Anda ni public figure. Kata-kata anda ada yang diidolasi, jadi ayat sesimple itu sebenarnya boleh diletakkan bawah kategori menghasut perempuan supaya ‘angkat kaki goodbye’.
"Dan benda ni adalah satu kesalahan di bawah Akta 559 iaitu akta kesalahan jenayah syariah wilayah persekutuan 1997, di bawah seksyen 38 tertulis. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan," katanya.
BACA SINI: “Jangan Jadi Bodoh, Kita Ada Maruah” - Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Wanita Teraniaya
Pada perkongsian yang sama, Fais turut menegur Sarah berhubung kenyataannya yang berbunyi 'tidak semua lelaki boleh jadi Rasulullah'.
"Anda menulis ‘tidak semua lelaki boleh jadi Rasulullah’, salah tu. Yang tepatnya ialah tiada lelaki yang boleh jadi macam Rasulullah tapi dalam masa yang sama, tak akan ada wanita boleh jadi macam Khadijah.
"Jangan ingat suami saja kena bertanggungjawab memastikan rumahtangga yang bahagia, tanggungjawab isteri pun sama beratnya," tambahnya.
Justeru, Fais berharap ibu kepada dua cahaya mata itu tidak lagi masuk campur tentang urusan orang lain yang sedang berdepan masalah poligami.
"Sekali lagi anda tidak payahlah nak letakkan orang lain dalam kasut anda. Setiap pasangan hidup ada cerita mereka dan tak semestinya anda melalui kehancuran rumahtangga disebabkan poligami, maka orang lain pun anda bajet macam lebih kurang sama je cerita mereka.
"Saya dah beritahu anda tadi, lebih baik anda doakan yang baik-baik je kepada mereka dan tak perlu keluarkan status yang sebegitu kerana ianya memang mengundang kotonasi yang salah.
"Saya rasa, khalayak lebih sedar siapakah yang meroyan teruk bila hal-hal begini muncul, jadi anda tak payahlah kata orang lain meroyan. Saya harap ni status last saya sentuh pasal anda. Saya doakan anda bahagia," Ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Beri Alasan Mahu Ke Coachella, Imran Bard Sedih Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak - “Bayar RM888 Just For The Interview”

gempak
25/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Imran Bard mendakwa dia terpaksa berputih mata apabila tidak berjaya ketika temu bual di pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, baru-baru ini.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Berita

Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

gempak
22/07/2024
11:40 MYT
Personaliti media sosial Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera menegaskan tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Viral

Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

gempak
22/07/2024
06:52 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Viral

"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

gempak
22/07/2024
04:25 MYT
Personaliti media sosial, Ananda Natasha mendakwa bekas suaminya yang juga seorang pempengaruh berlaku curang.