Laman Utama
“Jangan Jadi Bodoh, Kita Ada Maruah” - Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Wanita Teraniaya
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menasihati kaum wanita agar menjadi lebih berani sekiranya bergelut dengan masalah rumah tangga.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Puteri Sarah juga sedia maklum tentang isu hangat dan tular ketika ini iaitu mengenai Abang Tesla.
“Hangat pula isu 'tesla' ni. Ermmmm... tak suka angkat kaki good bye. Wanita, jangan jadi bodoh nak tunggu.
“Kita ada maruah. Tak payah nak berlumba. Macam ikan lumba lumba pula,” tulisnya.
Disebabkan itu, Puteri Sarah menyarankan agar wanita perlu lebih bijak membuat keputusan untuk diri sendiri dari terus membiarkan hati disakiti.
“Work hard, cari duit sendiri, be independent, travel the world! Jadi wanita yang bijak dan bermaruah.
“You do you. Jangan depends on anyone. You have your own say. Love yourself. Know your own worth,” coretnya.
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Must-Watch Video