Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Influencer Buat Panggilan Lucah, Tunjuk Kemaluan Ditahan Polis

Gempak
30/05/2024 12:16 MYT
Pempengaruh ditahan polis selepas disyaki menunjukkan kemaluan dan bercakap lucah kepada seorang wanita menerusi panggilan video baru-baru ini.

Usia 27 tahun

Lelaki berusia 27 tahun terbabit ditahan pada 2.25 petang semalam untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang dibuat pada 4.50 petang, 17 Mei lalu.

"Pengadu yang tidak bekerja mendakwa menerima panggilan video daripada seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumahnya di Taman Melewar.

"Hasil siasatan awal, pengadu berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui laman sosial Instagram.


"Suspek membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah dengan pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, polis menahan suspek petang semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan sebaik selesai merakam keterangannya.

Mohamad Lazim berkata, siasatan juga mendapati suspek dan pengadu pernah berjumpa sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tambahnya, kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu baru dikenali.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

BERITA TRENDING: Banduan Lari Dari Hospital Lepas Pembedahan Pada Kemaluan Yang Dijangkiti Akibat Keinginan Besarkan Zakar

PILIHAN PEMBACA: Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam MRT Sampai Penumpang Wanita Trauma! – “Fizikal Saya Ok, Tapi Mental…”

Sumber: Harian Metro

***Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Viral #Polis #Influencer #Lucah #Kemaluan