Satu hantaran tular di media sosial selepas seorang wanita mendedahkan dirinya mengalami gangguan seksual ketika sedang berada dalam MRT.

BERITA TRENDING: Pelancong China Buat Hal, Gondola Terbalik Sebab Sibuk Selfie

Menerusi hantaran yang dibuat di Facebook, wanita itu berkongsi tentang seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Pada 5 Disember 2023, saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menaiki MRT (menghala ke Kwasa Damansara) duduk di penjuru dengan telefon bimbit.

“Saya lihat ke atas kerana ingin memeriksa stesen, dan saya nampak seorang lelaki dengan kemaluannya terkeluar.”

Dalam pada itu, wanita tersebut turut memberitahu bahawa dia tidak memakai pakaian yang seksi dan sempat mengambil gambar untuk dihantar kepada pihak polis sebagai bukti dirinya diganggu oleh lelaki berkenaan.

“Sebelum awak semua mengandaikan saya berpakaian seksi, sila tengok gambar ketiga di mana saya memakai pakaian itu ketika insiden terjadi,”tulisnya lagi.

Bagaimanapun, pada hujung entri yang dibuat, wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati selepas pihak berkuasa enggan mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki berikut.

Sumber: Facebook