Influencer Curi Brokoli, Penyangkut Baju Di Pasar Raya Di KLCC Kena Denda
Izwan Isa
02/11/2023 23:50 MYT
02/11/2023 23:50 MYT
Gara-gara mencuri barangan keperluan di sebuah pasar raya di Suria KLCC, Kuala Lumpur, pempengaruh (influencer) media sosial, Rymaisyah Yahya didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret pada Khamis.
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rumaisyah, 31, yang mengaku bersalah mencuri barangan antaranya penyangkut baju, ubat gigi, brokoli dan minuman keseluruhannya berjumlah RM108.18 pada pukul 4.30 petang, 1 November lalu.
Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga telah mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa, namun dia tidak membuat pembayaran bagi barangan tersebut sebelum berjalan ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.
Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya tersebut dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.
"Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja. Anak guam telah insaf dan mohon diberikan peluang kedua,” kata Muhammad Rhastdan.
Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian
Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Rumaisyah, 31, yang mengaku bersalah mencuri barangan antaranya penyangkut baju, ubat gigi, brokoli dan minuman keseluruhannya berjumlah RM108.18 pada pukul 4.30 petang, 1 November lalu.
BERITA TRENDING: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!
Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua boleh dihukum penjara serta dikenakan denda atau sebat.Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara tiga hari sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengajar yoga telah mengambil beberapa barang lalu memasukkannya ke dalam beg yang dibawa, namun dia tidak membuat pembayaran bagi barangan tersebut sebelum berjalan ke bahagian lain dan terus keluar dari pasar raya itu.
Tertuduh kemudian ditahan oleh pengawal keselamatan dan pemeriksaan mendapati beg yang dibawa mempunyai barangan milik pasar raya tersebut dan dia gagal mengemukakan resit pembelian.
BERITA TRENDING: Influencer Bunuh Anak, Sorok Mayat Dalam Almari
Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, namun peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, mewakili tertuduh memohon hukuman berbentuk denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan menyara ibu berusia 65 tahun yang merupakan pesakit darah tinggi."Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dan barang yang diambil hanyalah barang keperluan asas sahaja. Anak guam telah insaf dan mohon diberikan peluang kedua,” kata Muhammad Rhastdan.
Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian