Seorang pempengaruh Indonesia tergamak membunuh bayinya yang baru lahir dengan alasan tidak tahu ayah kepada anak tersebut kerana sering berganti pasangan.

Tertuduh yang dikenali sebagai Zhafira Devi Liestiatmaja melakukan pembunuhan itu ketika bercuti di Bali bersama teman lelaki baharunya.

BERITA TRENDING: Wanita Hamil 7 Bulan Maut Disembelih Bapa Mentua Yang Kelaparan

Ketika percutian itu, perut Zhafira mula memulas dan terpaksa berulang ke tandas beberapa kali. Sehingga pada jam 8 pagi, Zhafira dapat merasakan ada sesuatu (bayi) yang keluar dari farajnya.

Zhafira, 28, yang mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada teman lelakinya nekad mengakhiri riwayat bayinya dengan menutup mangkuk tandas sebelum disiram dengan air.

BERITA TRENDING: "Kelibat Kain Hitam Buatkan Saya..." - Lisa Surihani Kongsi Pengalaman Masuk Bilik Mayat


Dengan harapan, bayi terbabit akan ‘lesap’ tetapi cubaanya itu tidak berjaya. Tertuduh kemudian bertindak membungkus bayi terbabit menggunakan plastik sebelum disorok di dalam almari baju.

Semasa berangkat ke lapangan terbang, tertuduh membuang bungkusan tersebut ke dalam tong sampah di kawasan parkir. Meskipun tertuduh sempat menaiki pesawat namun akhirnya terkantoi juga selepas pekerja pembersihan menemui bungkusan berisi mayat itu.

BERITA TRENDING: #GempakSpot: Tinggalkan Nota Uruskan Mayat Di Rumah Misteri Batu 10 Tanjung Karang | ...

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam identiti tertuduh. Tertuduh akhirnya berjaya ditahan pada 19 Oktober lalu dan bakal berdepan hukuman penjara selama 9 tahun. Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku melakukan perbuatan kejam itu kerana tidak mahu teman lelaki baharunya tahu mengenai kehamilan tersebut.


PILIHAN PEMBACA: Projector Band Dedah Cipta Lagu ‘Sudah Ku Tahu’ Di Sebelah Bilik Mayat

PILIHAN PEMBACA: "Ada Mayat Di Kiri Kanan, Nafas Guna Mulut & Sejuk" - Nabila Huda Cuak Kena Masuk Dalam Peti Simpanan Mayat

PILIHAN PEMBACA: 5 Jenis Ilmu Sihir Popular Dalam Masyarakat Kita... No 5 Paling Kerap Orang Guna!