Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Influencer Dedah Suami Paksa Tidur & Mandi Bersama Madu, Ini Penjelasan Ustaz Bola - “Hal Demikian Merupakan Lambang Rendah Akhlak, Kehinaan…”

Asyikin Mayudin
06/08/2024 01:55 MYT
Tular mengenai bekas isteri dakwa dipaksa tidur dan mandi dengan madu di laman sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Hukum Haram

Berkongsi mengenai perkara itu, personaliti radio Zayan iaitu Ustaz Tajdid Hadhari atau mesra dikenali sebagai Ustaz Bola berkata perbuatan tersebut hukumnya adalah haram.

“Bila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam ‘bersama’ tersebut sebenarnya ia tidak boleh… hukumnya haram. Dalam hadis Riwayat At Tabrani, bagaimana perbuatan tersebut dinamakan mushaqah ataupun sihaq.

“Nabi bersabda, perbuatan sihaq ataupun melihat aurat sesama sendiri antara dua orang wanita itu, hukumnya adalah zina. Bahkan dalam sebuah hadis Nabi bersabda, janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain.

“Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula mereka melakukan persetubuhan. Jadi kena jaga, tak boleh… hukum haram,” kongsinya.

Tidak Dibenarkan

Pada perkongsian yang sama, Ustaz Tajdid Hadhari turut berkongsi pendapat daripada Ulama Ibnu Kudamah yang turut menegaskan perbuatan itu tidak dibenarkan.

“Dalam pendapat ulama Ibnu Kudamah, beliau ada menyatakan sekalipun kedua isteri itu reda, suami itu tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut dan reda seorang daripada mereka berjimak, dan satu lagi melihatnya itu tidak dibenarkan.

“Ini kerana hal demikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka tidak boleh sekalipun reda keduanya. Namun jika rumah yang sama, tapi bilik berbeza maka dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu sama.

“Itu yang dinyatakan oleh Ibnu Khodamah. Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan budaya yang bukan budaya kita, bahkan ia melambangkan kehinaan. Walaupun kedua-duanya isteri kepada seorang suami tapi perlu dijaga adab,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Persoal Berbaloikah Wanita Bekerja, Ini Jawapan Padu Peguam Syarie - “Ini Nak Harapkan Bayarkan Telur Mata Sebiji Pun Berkira…”

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Ugut Nak Sebarkan Video S*ks Bekas Isteri? Ini Tindakan Yang Boleh Dikenakan Dari Segi Undang-Undang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Rantai Wanita Di Pokok, 40 Hari Tidak Makan Diselamatkan Pengembala

Terdahulu, pempengaruh yang dikenali sebagai Tyrah mendedahkan dia dipaksa oleh bekas suaminya yang juga seorang Tabligh untuk tidur dan mandi bersama madunya yang dikenali sebagai Kak Nad

Bukan itu saja, malah bekas suami juga seksa isteri keduanya kerana wanita itu minta untuk bercerai hingga sanggup menuduh isteri itu mempunyai sakit HIV.

Difahamkan, lelaki itu meminta isteri kedua untuk bayar hutangnya sebanyak RM23,000 dan mengugut akan cari perempuan lain jika tidak bayarkan.

#Influencer #Tajdid Hadhari #Ustaz Bola #Madu dipaksa #Suami tabligh #Tidur bersama