Laman Utama

Influencer Korea Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kolam, Berbalut Selimut

gempak
Maliah Surip
12/06/2023
15:50 MYT
Sponsor Banner
Influencer Korea Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kolam, Berbalut Selimut
Seorang influencer atau pempengaruh asal Korea Selatan dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa bunuh sepasang pengamal perubatan dan pemilik sebuah hospital tempatan di Kemboja.
Pada awalnya, media tempatan melaporkan seorang wanita yang ditemui mati dalam sebuah kolam dan berbalut selimut tanpa mengetahui identitinya.
BACA: Ini Punca Polis Cari Abby Choi Yang Kepalanya Ditemui Dalam Periuk Sup Bersama Lobak
Namun setelah diselidik, wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai bernama Ahyeong. Ahyoeng adalah seorang influencer yang memilik lebih 250 ribu pengikut dan seorang BJ (Broadcast Journey) dari Afreeca TV.
Mayatnya ditemui di dalam sebuah kolam di Phnom Penh, Kemboja, lapor AllKPop.
Menurut kronologi kes seperti dikongsikan pihak berkuasa, Ahyoeng dipercayai melancong ke Kemboja bersama seorang kenalannya.
BACA: Bekas Suami Yang Bunuh Abby Choi Bukan Hanya Penganggur, Ada Rekod Curi Jongkong Emas
Dia kemudian menerima rawatan di salah sebuah hospital tempatan yang dikendali oleh pasangan suami-isteri daripada China.
Namun sewaktu rawatan, sesuatu telah berlaku dan dia didakwa meninggal dunia di hospital tersebut.
Saksi kemudian mendakwa pasangan suami-isteri tersebut kemudian membuang mayat Ahyeong di sebuah kolam dengan dibalut selimut.
Sehingga kini punca kematian wanita itu belum diketahui sementara pihak berkuasa masih menjalankan siasatan mengenai jenayah yang terjadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024