Laman Utama
“Ingat Kelakar Ke, Ada Yang Bertarung Nyawa Hilang Mak Ayah” - Netizen Mengamuk #RoadTo20K Trending!
Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang mencecah 17,045 semalam ternyata membuat ramai tidak senang duduk.
Ada yang tidak menyangka jumlah kes mencanak naik sebanyak itu dan tidak kurang juga mempersoalkan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’.
Namun, dalam pada ramai yang bimbang dengan jumlah tersebut, trending pula tanda pagar ‘road to 20k’ di platform Twitter.
Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, lebih 5,000 pengguna menggunakan perkataan tersebut.
Walau bagaimanapun, rata-ratanya dilihat tidak bersetuju dengan kewujudan ‘kempen’ tersebut.
Kebanyakan mereka bertangggapan isu jumlah kes Covid-19 di negara ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan gurauan.
“Ramai yang tengah bertarung nyawa, ingat kelakar ke.”
“Adakah ini yang semua mahukan? Benda ni bukan boleh dibuat gurau.”
“Ramai hilang keluarga disebabkan Covid-19, tapi ada pula yang buat lawak Road to 20K, langsung tak sensitif, melampau.”
“Ingat kelakar ke, ada yang bertarung nyawa hilang mak ayah tau tak,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, tambahan angka yang dicatatkan Malaysia semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini mencecah 1,013,438.
Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 8,500 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur 2,045 kes, Kedah 1,216 kes, Johor 950 kes dan Sabah dengan 818 kes.
Manakala negeri-negeri lain turut mencatatkan ratusan kes kecuali Putrajaya, Labuan dan Perlis yang masing-masing hanya mencatatkan 50, 21 dan 10 kes.