Laman Utama

COVID-19: Lepasi 17,000 Kes Baru, Rekod Tertinggi Di Malaysia Sejak Pandemik Bermula

gempak
Asraf Aided
25/07/2021
09:26 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Lepasi 17,000 Kes Baru, Rekod Tertinggi Di Malaysia Sejak Pandemik Bermula
Kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Jumlah kes baru tersebut merupakan rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini mencecah 1,013,438.
Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 8,500 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur 2,045 kes, Kedah 1,216 kes, Johor 950 kes dan Sabah dengan 818 kes.
Manakala negeri-negeri lain turut mencatatkan ratusan kes kecuali Putrajaya, Labuan dan Perlis yang masing-masing hanya mencatatkan 50, 21 dan 10 kes.
Marilah kita terus mematuhi prosedur operasi standard dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak berbahaya ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live