Isteri kepada pelawak Atu, Shafeeqa Johari menegur sikap sesetengah pihak yang sering memberikan komen keterlaluan terhadap selebriti sehingga mengguris hati keluarga.

Shafeeqa meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Shafeeqa, sebagai seorang isteri tidak mudah baginya untuk melepaskan suami keluar mencari rezeki ketika negara masih lagi berdepan dengan COVID-19 kerana khuatir risiko jangkitan.

“Ingat mudah ke kami sebagai isteri nak lepaskan suami (artis) pergi kerja dengan risiko tinggi COVID-19 di tempat penggambaran?

“Kami pertaruhkan nyawa anak-anak kami demi rezeki? Cukup-cukuplah. Artis ni tak semua income mereka berjuta setahun.

“Laki aku ni dia lebihkan kuantiti bukan kuantiti. Dia seorang yang fokus dengan satu kerja. Jadi aku selalunya tak akan ambil banyak kerja.

“Aku fikirkan risiko dia balik bawa ke rumah. Bila banyak tempat kerja dia pergi, lagi ramai dia jumpa, jangan tamak tapi biar berbaloi dengan kudrat kita, itu selalu Atu pesan.

“Saya selalu tekankan bantuan yang kami mampu berikan adalah kudrat. Kami tak mampu nak berikan duit yang banyak.

“Kami pun mengalami masalah ekonomi. Apa yang artis buat semua tak betul? Semua artis ke kayangan yang dimaksudkan?

“Kami pun tak nak suami balik bawak virus, saya sendiri banyak ambil langkah berjaga-jaga. Taip tu biar elok sikit, kalau tak anak, ntah-ntah cucu yang beria nak jadi artis. Tengok-tengok duk menari kat TikTok nak viralkan diri,” coretnya.

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari)