Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi berhajat untuk menaja vaksin Covid-19 kepada individu terpilih.

Hasrat itu dinyatakan menerusi entri di Instagramnya selepas vaksin itu tersedia untuk bekalan perubatan tempatan kelak.

"Katanya proses suntikan vaksin percuma adalah berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu.

"Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin 5-10 bulan akan datang.

"Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dgn sedikit bayaran.

"Paknil ingat Paknil nak ambik yang berbayar. Ada sesiapa yang nak join Paknil? Paknil sponsor lah...Tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi," tulisnya.



Makluman Pak Nil mendapat perhatian ramai hingga ada yang menawarkan diri untuk mendapat tajaan vaksin dari pengacara Mikrofon Impian itu.

Malah, ada yang menyarankan beliau agar memberikan tajaan vaksin tersebut kepada golongan yang memerlukan.

Sumber: Instagram @aznilnawawihm