Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Ingat Pelakon Korea Tadi, Comelnya” - Janna Nick Dipuji Makin Cantik, Muka Baby Face

Mya Amri
25/11/2023 01:53 MYT
Pelakon, Janna Nick mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan penampilan yang sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Janna memuat naik beberapa foto yang menunjukkan dirinya memakai baju berwarna hitam beserta skirt pendek paras peha.

Malah ada diantara foto tersebut menunjukkan Janna membuat gaya comel sambil mengenyit mata.

Penampilan dan gaya comel Janna itu juga membuatkan netizen mengatakan aktres itu kelihatan seperti pelakon Korea.

Selain itu, netizen juga mengatakan Janna kelihatan nampak lebih muda dengan potongan rambut pendek yang bersesuaian dengan wajahnya.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

PILIHAN PEMBACA: Wajah Semakin Berseri Disangkakan Hamil, Ini Jawapan Janna Nick…

Antara komen yang diterima adalah:

“Ni kalau tak tengok nama ni mesti orang ingat pelakon Korea mana lah ni,”

“Gambar last tu so cute,”

“Comelnya Korean girl ni, makin hari makin cantiklah,”

“Janna dah kurus, nampak muda, lawa macam Korean,”

BERITA TRENDING: "Saya Nak Anak Zodiak Libra" - Janna Nick Sedia Jadi Ibu, Rancang Ada Zuriat Tahun Depan

Untuk info, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon berdarah campuran Inggeris, Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun yang lalu.

#Janna Nick #Netizen #comel #Cantik #Baby face #Macam Pelakon Korea