,
Laman Utama

Wajah Semakin Berseri Disangkakan Hamil, Ini Jawapan Janna Nick…

Asyikin Mayudin
23/10/2023
09:55 MYT
Wajah pelakon dan pengacara Janna Nick kelihatan semakin berseri-seri sejak kebelakangan ini sehingga ramai netizen yang membuat andaian aktres itu sedang berbadan dua.
Menafikan dakwaan tersebut Janna bagaimanapun memberitahu dia akan berkongsi berita gembira itu kepada semua peminatnya jika sudah disahkan hamil.
"Mungkin sebab saya bekerja dalam indoor (tempat tertutup) seperti di UiTM dan Istana Budaya, semua latihan untuk teater Pak Pandir dan Labu Ajaib dilakukan di bawah bumbung, tak kena matahari, itulah sebabnya wajah saya berseri.
"Doakan yang baik-baik. Kalau ada (hamil) pasti saya akan kongsikan nanti. Tengoklah sekarang kan saya makin kurus. Kalau ada pasti akan bertambah besar," katanya.
Terdahulu, Janna pernah melahirkan hasrat untuk memiliki zuriat berzodiak Libra yang dilahirkan antara 23 September sehingga 22 Oktober.
Untuk info, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon berdarah campuran Inggeris, Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun yang lalu.
BACA SINI: "Saya Nak Anak Zodiak Libra" - Janna Nick Sedia Jadi Ibu, Rancang Ada Zuriat Tahun Depan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”

gempak
07/11/2024
15:25 MYT
Jelas Janna, mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) tidak menjamin baginya untuk mendapat zuriat.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Terkesan Dengan Video Janna Nick, Aprena Manrose Minta Hormati Privasi Soal Zuriat - “Lapan Tahun Tahan Dengan Mulut Orang”

gempak
06/11/2024
03:55 MYT
Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, meluahkan rasa kecewanya itu pada satu hantaran di Instagram Story, pada Selasa.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

gempak
06/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberi kata-kata semangat kepada pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen melibatkan zuriat.
Hiburan

Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

gempak
06/11/2024
01:25 MYT
Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.
Unitar