Penyanyi dan pelakon Danny X-Factor meluahkan rasa terharu apabila ada ramai peninat yang masih mengingati dan merinduinya terutamanya di platform TikTok.

Menerusi laman sosial tersebut, Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 42, berkongsi catatan tersebut untuk tatapan umum.

“Ingat semua dah lupa aku. Selepas buka akaun TikTok terasa dihargai. Terima kasih pada yang dah hadir, like dan follow. Thanks guys,” tulisnya pada satu hantaran video.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan sokongan buat Danny untuk membuat kemunculan semula dalam industri seni tanahair.

“Insyallah,” jawab Danny pada komen tersebut.
@danieanwa Thanks ??? .. yg dh hadir n like n follow ya.. Love U Gaisss. #danieanwa #tiktoker #fypシ #fypシ゚viral #pasirmas ♬ Menunggu Kamu - ANJI

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya juga menyatakan yang mereka tidak pernah melupakan Danny kerana wajah tampannya cukup memberikan impak pada zaman remaja mereka.

@hazwanhairul:Pehhh mana boleh lupa bang.. abang la punca ramai amek 125z merah putih dulu bang tahun 2001/2002.”

@Akmal Hizzat Azizan:Dulu kalau apa-apa je asyik “weh ensem macam danny x factor tak?”

@Shiapa aja la aku:bang, dulu aku rasa kau paling hensem dalam malaysia bang sumpah.”

@smellliketeenspirit:mana bole lupa. abang dulu level-level Aaron Aziz Fatah Amin tau.”

@Muhammad Iqbal:kami tak penah lupa pun..abang dah hiburkan zaman kecik kami.”

@BlackSweet:Terima kasih Danny dan XFactor kerana pernah menghiburkan kami dan menceriakan hari-hari muda kami..semoga sihat selalu.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Danny pernah mencipta kemahsyuran satu ketika dulu bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Selain dikenali menerusi Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut menempa nama menjadi pelakon dalam filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi.