"Ingatkan Dia Keluar Hari Pertama Ramadan, Rupanya..." - Buka Akaun Instagram Anak, Sari Yanti Kongsi Pengalaman Bersalin

Kamaruddin Razal
Mei 3, 2018 00:05 MYT
Pelakon Sari Yanti berkongsi pengalaman melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan pelawak Jep Sepahtu, Dariya Inara.
Sari bercerita mengenai pengalaman manis itu menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @sariyanti.
Selain itu, Sari dan Jep juga mengumumkan mengenai akaun Instagram rasmi milik anak mereka, @dariyainaraofficial.
Baru sahaja dibuka malam tadi, akaun rasmi permata hati Jep dan Sari itu telah diikuti oleh lebih 19,000 pengguna Instagram.
Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sari, Jep & Dariya Inara
#pelakon #Jep Sepahtu #Sari Yanti #Pelakon