Hiburan

“Ingatkan Jaga Player Futsal Mencabar, Rupanya…” Comelnya Gelagat Isteri Rody Kristal Dengan Anak

gempak
Mya Amri
30/12/2019
13:55 MYT
Sponsor Banner
“Ingatkan Jaga Player Futsal Mencabar, Rupanya…” Comelnya Gelagat Isteri Rody Kristal Dengan Anak
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman akui tidak mudah untuk bergelar seorang ibu.
Menurut Niena, tanggungjawab seorang ibu sangat besar dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi sepanjang menjaga anak.
Niena berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
Posting itu juga turut merakamkan gelagat comel Niena bersama anak kesayangannya, Adithya Jabbar.
“Makin besar makin tak ada muka mummy, lepas tu putih semacam nasib mata tu sama. Ingatkan jaga player-player futsal mencabar, rupanye jaga anak sendiri lagi mencabar keimanan.
“Tapi how notty you are pun @adithya_jabbar I masih rela sebab darah awak darah mummy jugak. Nakal sekarang tak apa jangan besar nanti, mati la mummy kene jumpa banyak family okay, just kidding! Pssttt.. don’t be like daddy,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut IG memuji kecomelan Niena bersama anaknya.
“Super duper cute,” komen @cikroszandi
“Ya Allah, cutenya Adith,” puji @ismaddhirar
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Niena selamat melahirkan putera sulung secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024