Gaya Hidup
"Ingatkan Kena Godam" - Netizen Panik Selepas Hampir 10 Jam Instagram, WhatsApp & Facebook Bermasalah
Selepas hampir 10 jam masalah yang melanda platform sosial media Facebook, WhatsApp dan Instagram, isu berkaitan tiga aplikasi ini akhirnya berjaya diselesaikan.
Masalah yang melanda hampir seluruh dunia itu berlaku sekitar jam 10.30 malam semalam, waktu Malaysia.
Antara fungsi terjejas termasuklah masalah memuat naik gambar, video dan fail di ketiga-tiga aplikasi berkenaan.
Masalah itu sekali gus membuatkan ramai pengguna panik hingga ada diantaranya menganggap aplikasi mereka telah digodam.
Ini antara reaksi pengguna di Twitter dan WhatsApp.
Thought my wifi is not working because my ig story won’t load but turns out #instagramdown and everyone is on Twitter and realising we are not alone. ?— mentallyfxxcked? (@srn_shkr) July 3, 2019
Sementara itu, Facebook menerusi satu kenyataan di Twitter memohon maaf dengan isu yang berlaku dan berjanji untuk menyelesaikan perkara berkenaan dalam tempoh terdekat.going to twitter to double confirm that Instagram is down.... HAHAH— d (@itsdayini) July 3, 2019
"Kami sedar sesetengah pengguna menghadapi masalah untuk memuat naik gambar, video dan fail menerusi tiga aplikasi ini. Kami memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin," katanya.
Walaubagaimanapun, masalah dihadapi Facebook kali ini nampak serius apabila mereka mengambil masa hampir 10 jam untuk menyelesaikannya.
"Isu terbabit berjaya diselesaikan dan semua aplikasi boleh diguna 100 peratus oleh semua pengguna." kata Facebook menerusi Twitter pada jam 8.30 pagi tadi.
Untuk makluman, WhatsApp dan Instagram merupakan milik syarikat Facebook.
Sebanyak 4 bilion pengguna seluruh dunia direkodkan menggunakan ketiga-tiga aplikasi ini.
Must-Watch Video