Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ingatkan Mikayla Dapat Adik Pula" - Peminat Terkejut Norman Hakim Kongsi Gambar Alat Ujian Kehamilan

Rozaimi Zubaidi
04/12/2018 22:15 MYT
Peminat pelakon Norman Hakim mengakui terkejut selepas dia berkongsi gambar alat ujian kehamilan dan imbasan ultra bunyi di sebuah klinik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri di IGnya, rata-rata menjangkakan bahawa isterinya, Memey Suhaiza kini sedang hamil.

"Hari ni, setahun yang lepas️. @memeysuhaiza bukan mengandung lagi tau. Ni masa dapat tahu @mikayladelishahakim 2 bulan dalam perut mummy dia.

"Saya & keluarga mendoakan semoga sahabat-sahabat pasangan yang dah mendirikan rumahtangga agar sama-sama dikurniakan rezeki zuriat cahaya mata samada cepat atau lambat & yang sedang atau baru dikurniakan.

Hari ni,setahun yang lepas❤️ . . Attn: @memeysuhaiza BUKAN MENGANDUNG LAGI tau?Ni masa dpt tahu @mikayladelishahakim 2 bulan dalam perut mummy dia? . . Saya & keluarga mendoakan semoga sahabat2 pasangan yg dah mendirikan rumahtangga agar sama2 dikurniakan rezeki zuriat cahayamata samada cepat atau lambat & yang sedang atau baru dikurniakan (peringatan utk diri sendiri jugak) agar sama2 jaga amanah & tanggungjawab ni dengan baik...jangan dibuang2 ok??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


"Peringatan untuk diri sendiri jugak agar sama-sama jaga amanah & tanggungjawab ni dengan baik. Jangan dibuang-buang ok," tulisnya.

Menerusi ruangan komen mengakui terkejut dan mereka menjangkakan bahawa Memey kini sedang hamil selepas melihat gambar yang dikongsikan oleh Norman.




Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mempunyai dua orang anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak bongsunya, Mikayla Delisha Hakim pada 12 Julai lalu.
#pelakon #Pelakon #Norman Hakim
;