Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ingatkan Pencuri, Rupanya Biawak 'Ketuk' Tingkap Minta Tolong

Ernalisa
26/08/2024 14:55 MYT
"Mulanya ingatkan pencuri rupanya biawak yang terperangkap di celah bumbung rumah, kata pemilik sebuah rumah di taman perumahan.

Penghuni rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Ahad.

BERITA BERKAITAN : Wow! Nadhir, Arabella & Mierul Berlakon Dalam Drama Adaptasi Dari Jepun! | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”

BERITA BERKAITAN : Cokelat - Karma (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

BERITA BERKAITAN : Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

Menurutnya, kakaknya yang menunaikan solat Asar terdengar bunyi bising dari atas bumbung.

"Kakak saya beritahu ada bunyi bising dari tingkap di atas biliknya.
Apabila melihat ke arah tingkap itu kami terkejut melihat terdapat kuku haiwan seperti biawak," katanya.


Bimbang haiwan terbabit bolos masuk ke rumahnya, Muhammad kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meminta bantuan

Katanya, sepasukan anggota bomba tiba di kediamannya kurang 10 minit selepas dihubungi.

"Selepas melakukan pemeriksaan memang benar terdapat biawak di atas bumbung rumah.''


Dalam pada itu, Muhammad berterima kasih kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Puchong yang segera datang sebaik dihubungi.

Katanya, tanpa bantuan bomba mereka sekeluarga mungkin tidak dapat tidur lena kerana asyik memikirkan bunyi dan kuku misteri di tingkap.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua anggota bomba yang membantu," katanya.


SUMBER: Sinar Harian

#Biawak #Tolong #Minta #ketuk