,
Terkini

Penggemar Filem Komedi, Ini Senarai Filem Mencuit Hati Hasil Legasi Afdlin Shauki!

Umirah Halim
23/08/2024
04:55 MYT
Selama 19 tahun bergelumang sebagai pengarah filem, karya hasil Afdlin Shauki pasti memberikan hiburan kepada para penonton.
Kali ini, Gempak akan kongsikan senarai filem hasil karya Afdlin Shauki paling diingati para penonton.

1. Buli (2004)

Buli ialah sebuah filem komedi drama Malaysia arahan sulung Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip, terbitan Grand Brilliance. Dikeluarkan pada 11 Mac 2004, filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.6 juta semasa tayangan perdananya. Afdlin menerima pujian atas percubaan sulungnya sebagai pengarah oleh ramai pengkritik.

2.Baik Punya Cilok (2005)

Baik Punya Cilok ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia tahun 2005 arahan sulung Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Dibintangi oleh beliau sendiri, Hans Isaac, AC Mizal dan Awani sebagai pelakon utama.
Filem ini mengisahkan 4 sahabat iaitu Aben, Bob, Jerry dan Wak yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, tauke pajak gadai bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang digadaikannya ketika berkahwin dengan isterinya dulu. Pelbagai peristiwa lucu terjadi semasa mereka melakukan perancangan untuk mendapatkan kerongsang itu semula.
Ditayangkan kepada umum pada 22 Disember 2005, filem ini mengejutkan banyak pihak kerana kutipan tayangan selama seminggu mencecah RM1 juta.
Untuk meraikan ulang tahun ke-10, filem ini telah diadaptasikan kepada bentuk teater di Istana Budaya pada tahun 2015.

3. SUMOlah (2007)

Sumolah (digayakan sebagai SUMOlah) merupakan filem aksi komedi sukan Malaysia 2007 arahan Afdlin Shauki, yang menampilkan seni mempertahankan diri sumo dari Jepun.
Filem ini dibintangi oleh Afdlin sendiri bersama Awie, Patrick Teoh, Radhi Khalid dan turut menampilkan barisan pelakon dari pelbagai negara termasuk Inthira Charoenpura (Thailand) yang dikenali menerusi filem Nang Nak, serta Gurmit Singh (Singapura) yang dikenali dengan watak dan sitkom Phua Chu Kang.
Filem ini mengisahkan apa yang bakal terjadi apabila seorang berbangsa Melayu dipaksa menyertai persada sukan sumo yang mencabar.
Dikeluarkan pada 10 Mei 2007, filem ini mendapat sambutan di pawagam dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.

4. Papadom (2009)

Papadom merupakan sebuah filem komedi drama keluarga Malaysia tahun 2009 arahan Afdlinu Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip dan cerita asal.
Filem ini berjaya menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan menjadi kejayaan komersial apabila ia meraih kutipan pecah panggung RM3.40 juta melepasi kos belanjawan RM1.44 juta. Ia meraih lima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-22 termasuk Filem Terbaik, walaupun belum ditayangkan kepada umum ketika temasya berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos.

5. Harimau Malaya: The Untold Journery (2024)

Filem terbaharu arahannya, Harimau Malaya: The Untold Journey terbitan 4ward Pictures Sdn Bhd ini mengisahkan kebangkitan semula skuad bola sepak kebangsaan selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022 sebelum bangkit dan berjaya layak ke Piala Asia 2023.
Filem ini menampilkan Meerqeen selaku teraju utama dengan dibantu Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid dan Vanidah Imran.
Turut beraksi Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Filem Harimau Malaya: The Untold Journey turut menampilkan pemain kebangsaan, Faisal Halim atau mesra disapa Mickey sebagai 'cameo' (watak sebabak).

Sementara itu, filem terbaharu, Baik Punya Ah Long arahan Datuk Adflin Shauki bakal ditayangkan di pawagam pada September depan.

Filem tersebut menggabungkan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak.
BERITA TRENDING: Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...
BERITA TRENDING: JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”
BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa -
BERITA TRENDING: Telatah Bayi Berbaring & Tidur Dalam
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Baik Punya Ah-Long No 1 Dalam Carta Di Pawagam Selepas Sehari Ditayangkan!

gempak
13/09/2024
02:35 MYT
Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ditayangkan di seluruh negara.
Peraduan

Gempak Movie Night Out: Tiket Fans Screening Johor Filem Baik Punya Ah Long

gempak
12/09/2024
03:58 MYT
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.